DISCLAIMER Navigation! TAGBOARD CREDITS
| Perpisahan Itu Terlalu Menyakitkan :')
Assalammualaikum,,,hari nih just simple tajuk,yang sememangnya sinonim dengan kita yang bergelar makhluk di ats muka ini, okay ,Pertama sekali cuba kita fahami
fitrahnya alam dunia ini. Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di
sudahi dengan perpisahan. so,maksudnya, bahawa apa tiada yang kekal di
dunia ini kecuali Dia.
Perpisahan sungguhpun mudah
disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi
dengan tenang. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah
kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.
Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita
bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan
seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiapa siapa
mampu ungkapkan dengan perkataan. Hanya airmata menjadi jawapan.
Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. Perpisahan
dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta
tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas
kembali di minda fikiran.
Namun, hakikatnya hidup terlalu
singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.
Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti
akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat. Apa yang penting,
sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada
hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.
Kita tidak pernah memiliki
apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk
kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan
hancur dalam kesedihan. Kita masih ada peluang untuk bertemunya
lagi. Masih ada! Iaitu di alam abadi. Di tempat yang tidak
akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana itu kita perlu saling
menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi
di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita
dengan segala kurniaanNya.In Sha Allah :')
|