Love You
DISCLAIMER


Bonjour! Welcome to my world.Mufida Syasnim Bt Mohd Saad,Sweet 19 Mohd Azmin is my hearbeat.


Navigation!

Diaries Owner Stuff Linkies

TAGBOARD

tatkala jari jemari mula menari


CREDITS

Template: Nur Hidayah
Edited By: mufyd syas
Others:   



Ini Cerita Tentang MASA :)



Assalammualaikum...hee,,disini fyda cuma nk kongsi tentang satu artikel yang fyda terbaca semalam,n cuma warming up nk mula menupdate balik,telah sekian lama fyda tingal,busy dengan study,so sekarang cuti sem,fyda nk manfaatkanya sebaik mungkin ,in sha Allah,kali nih blog  fyda cuba untuk lebih kepada info,n fakta tetapi tetap ada jugak personal story,hee..  ok,berkenaan dengan artikel neh ? fyda mentionkan tentang masa,sbb bagi fyda masa salah satu perkara yang penting untuk kita manfaatkan..so,artikel neh lebih untuk pesanan diri sendiri juga buat kekawan semua,,,chek it outt :)


                                                                     Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Kalimah – kalimah ini memperlihatkan oleh manusia bahawa masa itu amat sangat penting. Kita selalu berkata, ‘Masa itu emas.’ Akan tetapi, kita tidak boleh membelinya. Masa juga, bukan milik manusia. Jika masa milik manusia, alamatnya manusia boleh menggunakan masa dengan sesuka hati. Boleh putarkan masa ke bila – bila masa dengan kehendak diri.
Masa itu bukan berjalan dan bukan berlari. Sebaliknya, masa itu tidak akan berhenti.. sekalipun manusia itu mati. Masa, itu tidak pernah tidur. Yang tidur hanyalah kita. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh ‘tidak cukup masa’. Bukan kerana ‘tidak cukup masa’, tetapi kita telah memperlekehkan masa itu sendiri. Kita buang masa! 
 Jadi… seharusnya bagaimana?

Manfaatkanlah masa!
Dahulu, kini, dan kemudian. Ini adalah fasa masa yang boleh mengubah seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang sudah terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini. 

 Jangan begitu…
Ambillah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan, ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah ketinggalan.
 Bagi yang memanfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.
 Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.

so ? what you thinkking about a time ?? just take a minute and thinking about it :) pesan buat diri sendiri dan buat semua,ehem,setakat ni dulu,,see u in new update ! Assalamualaikum :)